memorable

Tuesday 21 June 2016

PERCUTIAN KE KRABI & TIPS (BACKPACKER)

NIA,ME,ADIBAH,SOFEA,MUNIRAH

date pergi KRABI 7-11 MAC 2016 . 
transport AirAsia yang dah dibooking NOVEMBER 2015 1pax RM200 . 
5 orang wanita terhebat gituhhh . Semua student kecuali Sofea .
money RM600 seorang = 5063 bhat(tukar duet dekat malaysia, sana mahal)(ikot currency time tu)

ALKISAH

Tak pernah planning nak pergi Krabi. Tetibe cousin ajak pergi and kebetulan ada rezeki lebih. Saya pun on jelah. Bank in duet ticket flight dekat dia. Katanya nak pergi next year. so kalau korang mana yang planning ke krabi or tempat lain rerajin laa check ticket flight ya. InsyaAllah dapat murah laa kalau pandai cari. Ada juga yang dapat lebih murah dari harga ticket we all. so kiteorang ada tempoh 4 bulan nak cari duet belanja tambah tolak dekat sana nanti.

Planning asal nak beli package sesiap dekat sini so dekat sana senang laa. takde nak susah susah dekat tempat orang. tapi last last minute, tak beli apa apa package pun. kiteorang walkin je semua. Risau jugak lah time tu sebab kita ke tempat orang kan. Duet yang saya bawa pun RM600 malaysia je, tapi tak sangka sangat sangat cukup and adalah lebih sikit. lima hari dekat sana memang seronok, make sure kene sorang wakil pandai ENGLISH and pandai bodek harga kaw kaw punya

BARANG YANG WAJIB BAWA.

1. swimming suit (bawa sepasang je dah cukup)
2. baju and seluar (ikot muat beg korang)
3. kasut croc(seumpanya)
4. maggi (kalau nak saving duet)
5. gopro(seumpanya)
6. beg kalis air (simpan barang penting yang wajib korang bawak)


1st Day 7 MAC 2016

Sebab kiteorang duduk dekat dengan putrajaya. Kiteorang naik ERL ke KLIA2. Flight pukul 10 lebey kot, pergi sana dalam satu jam. kalau tak silaplah ,dah lupa. Sampai Krabi dalam pukul 12pm. kiteorang terkial-kial jugaklah dalam 10 minit kat airport tu. Dekat sana ada ramai orang Agency yang datang serbu nak jual package dieorang and kalau boleh korang jangan sesekali beli dekat dieorang. Mahal ! 
so kiteorang decide nak cari van ke AONANG. Kalau naik bus lambat sampai sebab dia banyak behenti hotel sana sini. Pergi Aonang 800bhat(RM94) satu van boleh naik 8 orang, share lah bayar. Kalau korang nampak matsaleh or org kita(Malaysia) tegur laa, ajak join naik sekali, thats mean bayar pun makin kurang satu kepala.
kiteorang berhenti dekat AONANG GUEST HOUSE. menetap dekat situ 5h4m 4200bhat (RM500) ada lima orang so satu hari sorang bayar. ni harga kasih sayang kalau pandai ayat. MAKE SURE APA JE KORANG BAYAR MINTAK RESIT AND JANGAN SESEKALI HILANGKAN!! 

AONANG GUEST HOUSE (jalan kaki)
ke 7E 2 minit - ke stall orang muslim jual makanan 3 minit.
ke pantai 7minit.

First day ni kiteorang pergi jalan satu AONANG survey package yang murah and cuci mata laa. Ramai pulak matsaleh hensem katsana. huhu. makanan yang halal pun bukan susah nak cari. Korang patut cuba BANANA NUTELLA PANCAKES AND BURGER BBQ segera.

BAANLAY TOUR


BAANLAY TOUR antara yang paling murah dalam banyak banyak kiteorang survey. Kiteorang habis masa yang lama juga laa dekat sini. tanya itu ini. so korang kalau nak murah cari Baanlay Tour ni. kalau boleh orang pandai speaking london and pandai bodek je bersuara. mana yang tak yakin tu duduk belakang angguk kepala je. hulur je duit bila kwn korang mintak. sebab kiteorang yang pergi ni cousin cousin so takdela berniat tak baik nak markup duet.


2nd DAY 8 MAC 2016




BAANLAY TOUR
- 4 island (pandai ayat org yang bwk boat tu dapat laa pergi jalan tmpt lain)
- 2400bhat (RM284.40)
- 5 person (seorg = RM57)
- private longtail(korang je dlm bot tu)
- fruits/mineral water(baanlay tour je bg harga murah sekali makanan & minuman)
- snorkel mask
- life jacket

aktiviti kiteorang harini snorkeling sampai lebam. we all pilih pakej 4 island. murah di banding dengan pakej snorkeling yg lain and tempat ni pun puas hati. 4 pulau, tapi sebab saya and cousin sorang ni pandai mengayat, dapat pergi 5 pulau. 1 pulau je tak snorkeling sebab kalau parking situ katanya kene bayar national fees pebenda tah. hehehe. pakej snorkeling better korang amek private longtail je. senang, masa korang tentukan sendiri. beli laa roti kalau nak ikan datang kat korang. takpun, guna kulit buah yang dipotong tu. takyah beli roti saving duet.


3rd DAY 9 MAC 2016

WATER RAFTING
ATV


BAANLAY TOUR
- water rafting / ATV / Monkey show / Waterfall&Temple /  FlyingFox
- 4200 bhat (RM498)
- 5 person (seorg RM99)
- Lunch (baanlay tour je bg harga murah sekali makanan & minuman)
- life jacket
- transport


still loyal dgn BAANLAY TOUR, kiteorg survey jugak tmpt lain for this activities tp ni jugak yang murah. van disediakan and ade beberapa mat saleh lain yang join dgn kiteorg dalam van yang sama. so aktiviti ada yang sama, ada yang tak ikut package yang diambil. kiteorg dia bagi murah untuk  aktiviti Monkeyshow/Waterfall/Lunch/flyingfox kalau tak Waterrafting(pandai ayat) and ATV sahaja. baik korang add on je activiti yg die bg murah tu, kalau tak korang kene tunggu je mat saleh tu buat aktiviti yang korang tak bayar sebab naik satu van utk pergi and balek. aktiviti kalau dekat Malaysia lah kah, confirm dah beratus seorg, banyak babe dia bagi.
*MALAM CARI AKTIVITI SENDIRI. kiteorang malam je ada yang shopping, massage, fishspa, cari mknn yang sedap dll


4th DAY 10 MAC 2016

  


BAANLAY TOUR
- kayaking
- 1500 bhat (RM177.75)
- 5 person (seorg RM35)
- Life jacket
- fruits/mineral
- transport

last aktiviti. tempat kayak ni memang lawa. mana yang tak tahu kayak dia akan ajar. so seiapa yang tak pandai swim wajib pakai life jacket. kang terbalik mati. hehe. banyak je aktiviti lain kat Krabi, korang pilih laa sendiri and pandai la nego.

5th day 11 MAC 2016

*korang kene call sehari sebelum untuk transport yang pickup ke airport for confirmation okay.

Flight kiteorg tgahari, siang tu nak cari makanan susah sikit hari jumaat sebab kebanyakkan gerai org muslim banyak tutup utk night market. so pusing pusing laa cari makanan. kiteorg sgt rugi sebab tak dapat pergi night market sbb dah balek awal. orang cakap night market nak beli barang murah. 

*any activities yang die suruh simpan beg dalam locker better simpan okay, sbb pekerja utk aktiviti tu pantang nampak orang bawak beg. nanti dok ngendeng nak tips, ada yang memaksa nak tips. so ikot korang lah.
*resit wajib simpan, nanti senang dimasa akan datang.
*kene peramah.